Hidup kita bukan berkenaan kata-kata semata. Tidak. Ia menyeluruh. Kata-kata adalah satu keindahan, manakala bahasa lenggok; tubuh atau emosi, merupakan avant garde bagi umat manusia.
Belajar untuk mengenali avant garde ini.
Dan fahami siapa diri kita, serta sekeliling kita. kerana kita tidak bersendirian.
Dan akhirnya soalkan, "apakah kemahuan aku?"
Ya. itu persoalan aku.
Things in herd.
Monday, February 13, 2012
Monday, January 23, 2012
GADUH.
aku 26 tahun ini. masih jauh lagi perjalanan aku dalam meniti hidup ini. aku masih muda. dan aku punya definisi tersendiri tentang adventur.
kehidupan bergaduh bertumbuk sepak menyepak ini adalah kehidupan aku ketika di sekolah menengah. sepakan terakhir aku adalah kepada seorang rakan cina yang sebaya dengan aku ketika itu. dan kehidupan itu telah aku tinggalkan berlama-lamanya. dan itu adalah adventure aku pada waktu itu.
aku rindu pada keamanan, seperti mana setiap kali aku pulang ke kampung, terdetik keamanan itu dihatiku. bebas dari najis hidup. bebas dari segala dosa dunia.
aku seorang yang kecewa. kepada melayu dan islam di malaysia. aku benar-benar rindu pada zaman aku sebelum memasuki sekolah menengah. kehidupan yang aman dan mesra sesama kami. aku merindui perangai pandir ah peng yang suka membenamkan muka orang lain ke ketiaknya. perangai pandir dari gopal, dan siva yang konon macho.
kenapa permainan kasar mula diamalkan di malaysia? kenapa perlu bergaduh?

Monday, January 16, 2012
Bahasa Itu Bonda Ilmu.
Aku semakin tak faham dengan orang-orang sekarang. Semua perkara hendak diceduk sebulat yang mungkin. aku fikir, matapelajaran sastera melayu dan juga bahasa melayu perlu diperkuatkan dalam silibus pengajaran disekolah-sekolah, tidak lagi dipecah-pecahkan kepada aliran sastera dan aliran sains. kadang-kadang terlihat, betapa jahilnya orang-orang sekarang tentang permainan bahasa dan perkataan. agaknya, kalau diberi naskah sulalatus salatin, mahu 6 semester dihabiskan semata-mata untuk memahami tatabahasa serta maksud setiap baris perkataan didalam kitab lama bangsa melayu itu.
Dahulu, aku pernah mengeluarkan status : Perempuan yang bertudung lengkap itu lebih seksi dari perempuan yang separa bogel.
terus, entah berapa ramai yang bercakap itu dan ini. cakap-cakap yang aku tahu tidak semuanya mampu menafsir ayat seperti itu. padahal itu ayat mudah : perempuan yang freehair, berskirt, tidak mampu menyaingi kecantikan perempuan yang bertudung, beradab sopan.
tapinya, orang kita ni lebih suka tengok pada perkataan, berbanding menafsir fungsi sesuatu ayat tu.
seringkali terjadi perkara macam ini, sehingga akhirnya aku seronok mempermainkan golongan-golongan ini, lebih-lebih lagi yang aku anggap penguasa agama. haha. maaflah, bukan salah aku kalau mereka tertunjukan ditahap mana mereka berfikir. haha.
baru-baru ini juga, aku ada keluarkan satu status yang senang untuk difahami, tetapi sebaliknya pula. ini : org islam y mendoakan keburukan kepada saudara islam nya y lain tidak layak utk dihormati walau setinggi mana pun kopiahnya, selabuh mana pun tudungnya dan seputih mana pun pakaiannya. islam itu persaudaraan.
aku tak harap golongan yang duduk di universiti ni dapat memahaminya pun, sebab mereka tidak akan mampu menelaah ayat yang sesenang ini. haha~
p/s : dari dulu lagipun, kalau duduk melepak dengan member-member, kita akan dapat dengar bagaimana mereka meremehkan orang dari golongan sastera, sejarah dan sains sosial ni. ahhh~ dah nampak ini hasil kementerian pelajaran kita. haha~
p/s/s : sebab itu aku sangat suka dengan bahasa dan perkataan. aku suka bermain dengan bahasa. ia sangat seronok kerana tidak semua lulusan universiti mampu menterjemah bahasa-bahasa seperti ini. haha~ in depth language~ all hail to words!

Monday, December 12, 2011
This Democracy Nation.
Ah.
Melayu islam dalam negara kita cukup hebat. betul. apabila periuk nasi orang melayu kita melebihi dari bangsa dan penganut agama lain, kitalah yang pertama sekali melenting dengan bercakap tentang hak asasi, hak itu dan hak ini. Orang bandar dengan lantang menghina kepercayaan orang-orang desa seperti aku. Apa? hapuskan kesultanan melayu? hapuskan hak istimewa melayu? kita satu malaysia jadi apa perlu semua itu? ya. itu semua datang dari mulut para cerdik pandai yang peluang ilmunya itu pun disediakan oleh batak-batak melayu islam yang dihina oleh mereka tadi. Apa? kami muda dan kami tidak bodoh? pfft~
siapa yang mahu berjuang untuk keadilan diri aku? aku ditindas oleh majikan yang bukan beragama islam dan bukan berbangsa melayu. maaf. aku rasa aku melayu islam dan tiada siapa yang mahu mempedulikan nasib diri aku di tanah tumpahnya darah aku ini.
bandingkan kan keadilan ini. gaji aku lebih murah 6 kali ganda dari gaji budak yang sekaum dengan majikan aku. beza kami? hanya kaum. bukan pendidikan, bukan pengalaman, dan bukan posisi. dia dan aku sama, Audio engineer. Adil bukan?

Sunday, October 23, 2011
Goodbye.
Aku rasa lah.
PRU13 nanti.
BN kalah.
Ini pendapat aku sendiri lah.
Bosan nak menulis tentang politik Malaysia ni sebenarnya. Aku menyampah dengan orang-orang DS Najib, meskipun Najib sendiri pun bagi aku bukanlah sesiapa. Dia tidak punya karekter nya sendiri. Apa yang membuatkan Tun Mahathir begitu berjaya? kerana dia faham apa yang perlu dilakukannya.
Pembangkang? aduh. aku rasa pembangkang di Malaysia ni betul-betul tiada kualiti. Sepanjang aku lihat, tiada satu pun perkara yang pembangkang usulkan dapat menarik aku. Aku rasa Malaysia perlu kan seseorang yang boleh mencuci bersih keadaan sekarang, kemudian membawa negara ini ketahap baru. kini semuanya sedang kucar kacir. pembangkang bawakan isu-isu bodoh, kerajaan tidak pula pandai menangani isu-isu ini.
aku pasti, BN pasti kalah.
dan aku paling menyampah tengok, Kak rosmah kita.
Listen to me government, the X factor that will lead to your lose is Kak Rosmah.

Monday, August 8, 2011
Ustaz.
Ramadan tahun ini mungkin yang paling kecewa bagi aku. Teraweh aku plaing kurang tahun ini.
Kelmarin pulang ke kampung, bertaraweh bersama bonda. Terdengar bacaan seorang ustaz muda. Syahdu. Amat syahdu.
Teringat keinginan beberapa tahun lepas selepas tok aki meninggal : menjadi seorang ustaz.
Kemana hilangnya keinginan itu? Harap, boleh menjadi seorang imam untuk keluarga selepas ini. Aminn~

Thursday, April 28, 2011
Kematian.
baru 25 tahun aku dibumi ini. ya syukur juga walau banyak dosa nya tapi masih dapat merangkak di alam ini. tapi dalam 25 tahun ini, ada saja yang tidak mampu mencapai umur ini. masih hidup mereka itu, walau tidak kelihatan fizikal nya. hmm~ pernah mengharapkan kematian? aku rasa aku pernah. eh bunuh diri itu bukan permintaan aku, cuma dulu-dulu, aku pernah mengharap tuhan mencabut nyawa aku dengan segera. haha. agak kelakar dow sebenarnya. tapi iya lah, ketika itu, minta diambil nyawa dengan cepat kerana takut untuk hidup melakukan dosa dengan berlebih-lebih. kira kalau betulnya, mengharap kematian seperti seorang bayi lah. itu... sebelum akil aku rasa. haha.
dan pentingnya, aku harap aku tidak perlu menghadapi peninggalan orang-orang penting dalam hidup aku. jadi, kalau aku yang pergi terlebih dahulu, tak perlulah aku menghadapi keadaan itu kan? keh keh keh~
dalam umur yang tidak semenggah ini, sudah berapa kematian aku hadapi. berdoa agar mereka diampunkan dosa-dosanya serta ditempatkan dikalangan para solehin.
aku terfikir, kadang-kala, kematian itu satu nikmat. kasih allah terhadap hamba-hambanya. sebagaimana terhentinya hubungan si mati dengan dunia, begitulah juga terhentinya dosa-dosa yang bakal dilakukannya. nikmat yang mungkin kita tidak nampak.

Subscribe to:
Posts (Atom)